hukuman

ASSALAMUALAIKUM .

MENGHUKUM ?

Kekadang manusia suka judge kehidupan seseorang tu berdasarkan masa silam . Bagaimana jahatnya orang tu pada masa silamnya , tak semestinya jahatnya dia pada masa hadapan .

Semua manusia ada kisah silam . tak kira kisah silam yang buruk atau baik . tapi siapa kita nak hukum dia ? sedangkan kita sendiri ada kisah silam dan kita patut dihukum tapi bukan oleh manusia tapi ALLAH  . ya  semua ada kisah silam masing masing . aku sendiri ada kisah silam .

TAPI

itu bukan bermakna kau kena benci dia kerana masa silam dia . Tak bermakna kau kena hina dia kerana masa silam dia . TAK . siapa kau nak berbuat begitu ? kau manusia . ada dosa dan pahala . sama seperti orang yang kau hina , kau benci . Tak pernah terfikir andai orang yang kau hina dan benci tu , adalah orang yang akan ada tika waktu kau sedih dan susah ? Tak semua orang yang kau suka kau sayang , akan sentiasa ada dengan kau .

Aku cuma manusia kerdil yang lemah dan penuh dengan dosa . aku bukan orang yang baik . tapi aku rasa apabila dihina , dicemuh . memang kau tak pernah rasa . sebab , sebab bukan kau yang kena tapi AKU . 

jangan fikir kau seorang yang sempurna . cukup segala galanya . Tak perlu berfikir begitu . sebab kau sendiri tahu SEMUA MANUSIA MEMPUNYAI KELEMAHAN . aku punya kelemahan sendiri begitu juga kau .

No comments:

Post a Comment